Saturday, September 21, 2013

Girlz and Shopping

Assalamualaikum...
 Tajuk dah terus menerangkan yang kaum hawa ni memang tidak dapat jauh dari hobi berShopping. Mungkin ada segelintir yang tidak mempunyai sikap ini,, tapi betul ke ada?? Rasanya semua begitu dan termasuklah diri den sendiri.. Pantang kalau ada duit dalam purse, memang sayang, tapi mesti akan guna juga. Sifat perempuan macam ni perlu dikawal oleh pasangan nya.. Tapi kalau pasangan tuh sendiri 2 kali 5.. perkara yang sama akan tetap berlaku.. 
 Dalam minggu ni,, jumaat keluar, sabtu pun keluar.. ahad perlukan rehat.. So jumaat disebabkan Lab tak ada.. waktu tidak disia-siakan oleh myBFF dan den sendiri. Motif nak cari kasut,, tapi at last.. bukan den yang jumpa kasut,, tapi Dila yang menemui kasut barunya.. Den memang berkenan coraknya,, tapi pattern x kena lah.. So x beli.. Memang kerenah.. I want something simple but nice. Duit dok habis ke makan je.. Kalau bab makan,, biar mahal asal puas dan kenyang.. Masuk ni dah 2 kali makan denkat Ayam Penyet Ria.. Masa kat Surabaya pun ada kedai ni.. tapi x berani makan sana sebab sebelah kedai nya jual babi sedap.. hahahaha.. So merasa lah lagi makan di APR... Pekena ABC (escampur) nya memang emmmmm... tak kesah batuk pun den bedal... kalau ade icecream lagi ummmm.... 


Jemput makan semua.. Dating berdua memang lebih senang dan sempoi... Tak perlu nak dok tunggu ramai-ramai.. Memang kami lebih senang berdua.. Berdua lebih baik.. two is better than one.. Tuh semua memang benar-benar belaka.. Kalau berdua semua kerja lebih lancar, kalau bergurau pun.. Kau faham aku,, aku faham kau.. So u are myBFF.. hahah ala ala sweet gituh...



Sabtu diteruskan lagi dengan berdating dengan sang pencinta... hahaha.. Godik nak mampuih... Thank you myBFF hahaa,, stand for special one.. Dia lah yang sanggup bawa kemana saja den ingin sejak-sejak dah ada lesen yang sahih ni... bagi tahu je nak kemana.. nanti akan sampai lah.. macam fairy story pulak... hahah... Sabtu dimanfaatkan dengan meneruskan misi mencari kasut.. dari Bukit Indah ke Sutera Mall.. jumpa jugak taste den.. Walaupun mahal sikit,, tapi den puas sebab dah dapat.. Den jadi tinggi sikit lah.. Sebab wedges punya pasal.. I like green sayang... haha...Den betol-betol jatuh cinta dengan green tuh... Then,, ke Puteri Habour, walaupun tengok dari dalam kereta saja.. Itu dah memadai.. nanti kte main layang-layang kat Hutan Bandar k.. hanya dapat tengok jarak jauh je tadi.. Lepas tuh bawa cik pencinta ke Balai Cerapan.. Dapat lah dia lihat UTM dari pandangan atas bukit.. angin sepoi-sepoi bahasa...nasib baik ada orang lain kat atas sedang beriadah.. Melayan seharian perangai den memang memenatkan.. Tapi den tak pernah kenal erti penat.. Selagi kaki boleh berjalan, selagi itu akan den berjalan.. Learn how long u travel...


OKE LALALLA.....


Thursday, September 12, 2013

MALAYSIA ~ SURABAYA #1

Assalamalaikum...
 Salam perantau yang sudah pulang ke Malaysia.. Pengalaman 3 minggu di Surabaya sangat mencabar dan seronok. Dalam orang lain sibuk beraya ke rumah sanak saudara, aku saja yang perlu prepare untuk ke sana. Raya aku seminggu saja berbanding yang lain, tapi rezeki bulan syawal tetap dapat lebih.. Walaupun kawan-kawan ramai yang tak tahu tentang aku ke sana. Namun sebaik sampai disana aku officially state yang aku dah sampai disana... So baru lah kawan-kawan yang lain ketahuan. 
 Mungkin aku x setanding yang lain, tapi disana aku cuba untuk buang rasa down tu kepada biasa.. Just enjoy my moment.. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. Kuliah boleh masuk lagi walaupun mungkin tak seberapa faham.. Bahasa inggeris di Indonesiakan... Betul-betul dugaan belajar disana..

Week 1
 Kuliah harian berjalan seperti biasa. Majlis pembukaan juga berjalan lancar. Kedatangan kami disana dilayan mesra oleh anak-anak (kawan2).. Walaupun kami seperti hidup berdikari disana, kami tetap berusaha sedaya yang mampu. Keadaan disana mungkin pada kali pertama lihat, macam bangunan terbengkalai, sistem disana jauh berbeza dengan di Malaysia. Aku masih bersyukur dilahirkan di Malaysia. Taraf kerakyatan yang miskin dan kaya sangat berbeza. Aku juga belajar erti kepayahan mencari nafkah, disana sangat naif dan majoriti penduduk mereka berniaga dan menjaja untuk menyara kehidupan mereka. Kadang-kadang timbul rasa kasihan melihat kesusahan yang mereka alami. Status penduduk berlebihan juga menjadi permasalahan bagi mereka. "2 anak sudah cukup"..



Kuliah minggu 1 sangat santai dah tak memeningkan.. Kuliah minggu ni banyak sama dengan Dr. Razman, so faham sebab in Malaysian English.. Minggu 1 ni juga kami masing-masing baru nk kenal-kenal antara kami. Agak seronok bila dapat berkenalan dengan orang-orang disana. On of the sweet moment is Shopping time.. Memang tak lepaskan peluang untuk shopping sakan disana. Satu lagi benda baru ialah "nasi kotak" memang budaya disana nasi dibunkus dalam kotak. Kalau di Malaysia guna polystyrene, tapi disana gunakan kotak... Hihiii memang RARE!!

Shopping disana memang best. Harga memang jauh lebih murah disana.. Nilai wang mereka sangat rendah, membuatkan kadang-kadang kasihan dengan cara hidup mereka yang sangat sederhana. Yang best disana mereka akan mengHon kereta lain jika mahukan laluan.. Kalau di Malaysia ambulance je akan buat macam tuh,, tapi disana semua pengguna jalan akan Hon2.. memang sibuk jalan mereka. Bahaya pun ada kadang-kadang. Tapi jalan mereka banyak yang sehala. So mungkin akan mengurangkan kesesakan lalu lintas. Minggu pertama kat sana merupakan minggu pengenalan budaya disana...

Continue to the next journey!!!