Monday, November 18, 2013

Permainan Uji Kesabaran...

Assalamualaikum...
Kali ni cerita tak panjang, cuma nak share kan ape yang dah berlakau masa cuti sem hari tuh.. Duduk rumah bosan tak buat apa,, sengaja tak bawak balik buku untuk dibaca, sebab memang tak akan sentuh buku kalau kat rumah.. Phone pun tahan 3 hari tanpa charging.. Sebab memang tak akan layan semua benda tuh.. Kat rumah memang menghadap TV beso tuh dengan channel 411, 412, 413.. HBO, ABO, FOX saje 24 jam.. memang tak pernah nak tekan2 channel korea.. Bila akak bawak balik puzzle,, jumpa lah teman baru.. Seharian suntuk dok pasang puzzle sampai tak heran nak makan,, tapi solat x la lupa.. Akak adik abang pun melayan,, sampai 2 pagi pun sambung lagi buat sampai siap.. Beli kat Daiso je.. RM5... Tapi dah habis pattern kat kedai tuh.. mana ada jual lagi?? Ni lah hasil yang dah berjaya diselesaikan oleh kami adik beradik.. ITU JE CERITA... tq

OKE LALALLA...

Friday, November 15, 2013

MALAYSIA SURABAYA #2

Assalamualaikum...
 Ini adalah sambungan ceritaku di Surabaya yang dah lapuk.. Lambat sangat nak updated. Tunggu gambar-gambar yang nak di share kan bersama tuh yang lambat. Lagi pun sem ni sangat busy dengan assigment bagai.. So memang tak ada masa nak typing.. Kali ni saya nk cerita tentang persekitaran tempat belajar di ITS dan apa yang kami belajar disana. Memang agak dah lupa sikit-sikit aktiviti disana. Tapi Insyaallah dapat lah saya kongsi kan juga bila adanya gambar. 
Firstly mau cita tentang tempat tinggal.. merangkap hostel mewah kami.. hahhaa.. Cantik lah,, rumah yang disewa untuk pelancong macam kami.. Ber air-condition dan bernyamuk.. Sahabat baik disana waktu malam ialah sang nyamuk.. Beli spray bagai untuk tak ada apa-apa jangkitan, sebab risau juga keadaan disana mundur sikit, so kebersihan tuh no 2 dalam hidup mereka... disana memang menghadap cerita endon yang kelakar.. Channel dorang more kepada rancangan talk show yang lawak-lawak.. kadang-kadang layan juga.. Merasa lah jugak environment baru. 
# Wisma kami.. ada ruang tamu kat luar, tempat kami lepak2...
First week dah ada trip ke Wonorejo.. One of the kawasan bakau di Surabaya,, Lawatan belajar ni dengan lecturer2 yang terlibat ke sana.. Agak mundur.. Sory to say la kan.. memang kurang bersih air nya nak dibandingkan dengan Malaysia.. Sampah jangan kata lah,, memang ada.. Aktiviti disana, kami belajar tentang fungsi bakau,, Wak ismadi terangkan fungsinya kepada kami. Yang sedihnya mereka yang kerja disana semua nya hanya lah sebagai sukarelawan daripada masyarakat.. Kadang-kadang mereka tanpa gaji, hanya belas kasihan penduduk.. Padahal mereka yang susah payah menjaga alam sekitar disana.. Dan disana juga kami telah menanam sebanyak 50 batang anak bakau baru.. Seronok juga dapat merasa pengalaman tanam bakau.. Bukan senang nak dapat peluang ni.. Kalau kat Malaysia, just dapat tengok je..
# nampak kan kesungguhan tanam2 ni,, walaupun sempat bergambar..
For the second week, ada lagi satu field trip,, tapi kali ni tempat jauh.. Perlu bermalam... Tengah bukit Malang, Surabaya... Best disana suhu sejuk,, berdekatan bukit.. Macam kat Cameron lah... trip ke Selorejo.. Kawasan tadahan hujan atau lagi senang faham, damn... hahaa... Disana ada juga taklimat dari petugas disana.. semua penerangan kami tak faham. sedih betul event dia speak in Indonesia.. Apa yang kami faham hanya ENCENG GONDOK.. kami sempat berakit kehulu, berenang ke muara.. haha padahal naik sampan je.. dayung sendiri.. Lepas itu, kami ke water spring disana,, tak ingat nama..Disana kami ambil sample water yang nak diuji untuk lab kami.. Dan tugas kami perlu cari invertebrates kat sana.. yang kami jumpa hanyalah lava nyamuk, bak kata Dr. Shamila..
# this is enceng gondok or pokok air tu..

# muka je macam faham penerangan...

# all of us..
# jejaka kami...
# Ganis tengah berangan hahhaa
# cantik kan,, sejuk wei air nye..
# dapat susu segar
# jakun dapat susu segar n kerepek buah..
# cantik dan segar kan..
# tak lepas peluang bergambar..

Cerita di kota Batu,sambung next time k.. banyak lagi kerja nak kena buat this week.. Walaupun sempat nak keluar berjimba dengan Makdat.. hahhaa... See U soon...

TO BE CONTINUED...