Friday, January 3, 2014

Jalan-jalan itu Hobi

Asssalamualaikum...
 Post kali ni kita santai-santai saje.. Bila hidup dengan perkara-perkara yang kita suka, secara tak langsung kita akan rasa gembira dan bahagia.. Bagi aku, perkara yang selalu aku buat bila bosan ialah berjalan-jalan makan angin.. Tapi angin sekarang tak sihat, banyak asap kenderaan, so kita jalan-jalan jela.. 
 Minggu-minggu yang lepas sempat ke Taman Merdeka bersama cik abg.. Tempat rekreasi ni sesuai untuk jogging, rehatkan minda, ada jugak yang shooting wedding photo. Tempat cantik dan banyak nature memang sesuai la kan... Depan tasik, ala ala loving gituh.. Memang sesuai lah bagi orang-orang yang dah berkeluarga, bawak anak-anak jalan-jalan, riadah, ada yang main badminton. Kalau ikutkan nak berjoging, tapi cik abg tanak sebab penat nak drive balik nanti.. aku pun risau lah kan..So batalkan niat nak jogging.. 
# gambar jambatan yang popular utk wedding photo.
Next, minggu-minggu lepas jugak sempat berdating dengan dila n cik abg.. Motif sebenarnya ke Bowling, Danga city,JB.. Kononnya nak main 2 game,, tapi ternampak archery, konon nk main jugak so amik 1 game je bowling.. At last, x jadi pun sebab segan n malas nk main.. Sengal tahap gaban.. Then pusing jela jalan dalam Danga city tuh.. Ada IT event, tapi masing-masing bukan nk beli pun,, survey je.. Cuci mata ja pun OK..
# menjeling ea? Gambar dila xde sebab dia tanak bagi..

Macam biasa lah,, cik abg kan pandai main bowling, nak banding dengan kami yang suka masuk longkang ni.. hahaha buang bola je.. Lepas berbowling bagai, cari tempat jalan-jalan kat Hutan Bandar JB.. Dila yang nak pegi sangat.. Kami layan kan saja.. Kat sana aku x excited bagai,, nampak itu nampak ini.. Tak pernah pergi.. padahal anak Johor.. Ontheway balik dila mengidam nak naik pusing-jerit kat funfair angsana.. So kami melayan lagi.. Cukup 1 Game, Kami terus pi makan kat Ayam Penyet Ria... Sodaaaaap.....
# dipaksa... tapi suka.. bengong..
# sempat menggedik..

 # kami perkasa.. rahsia badan ketak-ketak..

# This is Friendship n Loving..
 Ade lagi, minggu lepas..Jalan-jalan cik abg melayan aku sorang.. Motif nak pegi makan je k.. So keluar petang after asar.. Ontheway ke ZZ Zup Tulang. Punya action nak pegi sana tanpa tengok google map.. Memang pusing-pusing kat tempat yang sama jela.. 3-4 kali pusing dekat ngan stadium larkin.. at last,, masing2 tired nak cari dah.. fade up gila.. so dengan sayu nye,, "takpe la kita mkn kat kedai2 yang dekat jela". Perjlanan diteruskan then terjumpa lorong ke JKR.. Baru lah jumpa ZZ ku.. Akhir nya.. Thanks a lot cik abg yang sanggup bawa pusing-pusing tempat yang sama..
# gambar ni edit dah.. malas nak edit lagi..
Berjam-jam cari tempat, last2 baru tahu ianya dekat je dengan Chickenchop Hutan Bandar.. Hampeh nak arwah.. price kat sana standard makan kat luar.. Jemput datang lagi k sayang.. Then kami solat semua, terus ke Kipmart utk beli kiriman dila.. Ubat gigi mukmin n shampoo clear (pon nak mention) hahaha... Aku sempat grab beberapa fav aku iaitu Cokelat.. taik kambing yang berkhasiat... hahaa...



Semua di atas adalah stock snack untuk hilangkan mengantuk masa study.. tapi sayangnya cepat sangat habis.. hahaha.. Nak lagi bole x cik abg.. Eh lupa kami sempat ke JOHO concept sebelah SS.. Tapi sayang sebab stock habis.. next 2 week baru restock.. So nnt kita pegi lagi k.. ini yang sempat.. Jumpa Akiff (rakan sekolah) kerja kat sana.. Kantoi lah kami berdua.. hihii dia pun terkejut.. takpelah.. sempat borak2 dalam n luar kedai,,tanya khabar.. Then terkejut aku dah tahun 3 kat UTM,, yela kau dari matrik.. memang lah.. hihiii. Nice to see u again, akiff..
# jumpa lagi JOHO ku..

Monday, December 23, 2013

No More

Assalamualaikum...
 Kisah hari ini,, NO MORE.. ape yang kena mengena dengan itu tajuk..

NO MORE
    Last for this sem there was No More lab report.. Sem depan dah x ada lagi lab report yang bertingkat-tingkat... Sem ni terakhir lah buat lab report.. Dah habis laboratory session dlm course ni.. Tahniah.. Tiada lagi lab yang ketang-ketung, kering basah, masuk keluar bagai-bagai... Enough... Tapi tak semuanya yang buat kita stress.. ada juga yang seronok.. macam masa buat lab dekat padang kawat UTM.. kebetulan hari kejadian ada pesta konvo.. Memang semua orang kat sana pandang kami macam pelik je,, mana tak nye, dengan boot, topi, live jacket bagai.. Memang lah nampak pelik.. Habis lab, pegi beli air,, abg2 sana sume pelik.. Tp we proud to be a student.. 






Monday, November 18, 2013

Permainan Uji Kesabaran...

Assalamualaikum...
Kali ni cerita tak panjang, cuma nak share kan ape yang dah berlakau masa cuti sem hari tuh.. Duduk rumah bosan tak buat apa,, sengaja tak bawak balik buku untuk dibaca, sebab memang tak akan sentuh buku kalau kat rumah.. Phone pun tahan 3 hari tanpa charging.. Sebab memang tak akan layan semua benda tuh.. Kat rumah memang menghadap TV beso tuh dengan channel 411, 412, 413.. HBO, ABO, FOX saje 24 jam.. memang tak pernah nak tekan2 channel korea.. Bila akak bawak balik puzzle,, jumpa lah teman baru.. Seharian suntuk dok pasang puzzle sampai tak heran nak makan,, tapi solat x la lupa.. Akak adik abang pun melayan,, sampai 2 pagi pun sambung lagi buat sampai siap.. Beli kat Daiso je.. RM5... Tapi dah habis pattern kat kedai tuh.. mana ada jual lagi?? Ni lah hasil yang dah berjaya diselesaikan oleh kami adik beradik.. ITU JE CERITA... tq

OKE LALALLA...

Friday, November 15, 2013

MALAYSIA SURABAYA #2

Assalamualaikum...
 Ini adalah sambungan ceritaku di Surabaya yang dah lapuk.. Lambat sangat nak updated. Tunggu gambar-gambar yang nak di share kan bersama tuh yang lambat. Lagi pun sem ni sangat busy dengan assigment bagai.. So memang tak ada masa nak typing.. Kali ni saya nk cerita tentang persekitaran tempat belajar di ITS dan apa yang kami belajar disana. Memang agak dah lupa sikit-sikit aktiviti disana. Tapi Insyaallah dapat lah saya kongsi kan juga bila adanya gambar. 
Firstly mau cita tentang tempat tinggal.. merangkap hostel mewah kami.. hahhaa.. Cantik lah,, rumah yang disewa untuk pelancong macam kami.. Ber air-condition dan bernyamuk.. Sahabat baik disana waktu malam ialah sang nyamuk.. Beli spray bagai untuk tak ada apa-apa jangkitan, sebab risau juga keadaan disana mundur sikit, so kebersihan tuh no 2 dalam hidup mereka... disana memang menghadap cerita endon yang kelakar.. Channel dorang more kepada rancangan talk show yang lawak-lawak.. kadang-kadang layan juga.. Merasa lah jugak environment baru. 
# Wisma kami.. ada ruang tamu kat luar, tempat kami lepak2...
First week dah ada trip ke Wonorejo.. One of the kawasan bakau di Surabaya,, Lawatan belajar ni dengan lecturer2 yang terlibat ke sana.. Agak mundur.. Sory to say la kan.. memang kurang bersih air nya nak dibandingkan dengan Malaysia.. Sampah jangan kata lah,, memang ada.. Aktiviti disana, kami belajar tentang fungsi bakau,, Wak ismadi terangkan fungsinya kepada kami. Yang sedihnya mereka yang kerja disana semua nya hanya lah sebagai sukarelawan daripada masyarakat.. Kadang-kadang mereka tanpa gaji, hanya belas kasihan penduduk.. Padahal mereka yang susah payah menjaga alam sekitar disana.. Dan disana juga kami telah menanam sebanyak 50 batang anak bakau baru.. Seronok juga dapat merasa pengalaman tanam bakau.. Bukan senang nak dapat peluang ni.. Kalau kat Malaysia, just dapat tengok je..
# nampak kan kesungguhan tanam2 ni,, walaupun sempat bergambar..
For the second week, ada lagi satu field trip,, tapi kali ni tempat jauh.. Perlu bermalam... Tengah bukit Malang, Surabaya... Best disana suhu sejuk,, berdekatan bukit.. Macam kat Cameron lah... trip ke Selorejo.. Kawasan tadahan hujan atau lagi senang faham, damn... hahaa... Disana ada juga taklimat dari petugas disana.. semua penerangan kami tak faham. sedih betul event dia speak in Indonesia.. Apa yang kami faham hanya ENCENG GONDOK.. kami sempat berakit kehulu, berenang ke muara.. haha padahal naik sampan je.. dayung sendiri.. Lepas itu, kami ke water spring disana,, tak ingat nama..Disana kami ambil sample water yang nak diuji untuk lab kami.. Dan tugas kami perlu cari invertebrates kat sana.. yang kami jumpa hanyalah lava nyamuk, bak kata Dr. Shamila..
# this is enceng gondok or pokok air tu..

# muka je macam faham penerangan...

# all of us..
# jejaka kami...
# Ganis tengah berangan hahhaa
# cantik kan,, sejuk wei air nye..
# dapat susu segar
# jakun dapat susu segar n kerepek buah..
# cantik dan segar kan..
# tak lepas peluang bergambar..

Cerita di kota Batu,sambung next time k.. banyak lagi kerja nak kena buat this week.. Walaupun sempat nak keluar berjimba dengan Makdat.. hahhaa... See U soon...

TO BE CONTINUED...