Thursday, October 24, 2013

SEM5 (tahun3 dah)

Assalamualaikum...
 Sekarang ni dah mula masuk sem yang ke-5.. Makin bertambah kerja-kerja yang patut dilakukan.. Setiap subjek memang betul-betul mencabar.. Memang lah belajar tuh penat, tapi bila dah berada dalam alam pekerjaan nanti, mesti kita akan rindu semula zaman belajar yang penu dengan kenangan yang tersendiri. Subjek baru yang diambil sem ni adalah :

Makmal Kejuruteraan 2
 Tahun lepas dah ambil makmal 1,, kali ni ambil makmal 2 pula.. Makin bertambah assignment bila kena hantar report yang hanya dalam tempoh 2-3 hari.. Memanglah tak sempat,, report lab adalah satu kerja yang sangat leceh.. Tapi demi untuk FKA aku sanggupkan saja.. hihihiii.. Tapi kadang-kadang lab yang kena buat, ada yang best sebab kita done something that we never done.. Tapi kalau lab tuh dok kena tunggu je result,, itu memang sangat bosan...


Steel and Timber Design
 Subjek paling rumit dan susah.. Tak percaya wa bleh ambil sujek ni tahun ni.. Wa kena design ini bentuk beam and column lah.. Bila time kelas steel lecture,, mesti mengantuk Prof Mahmood dok ajar yang basic design,, padahal itu yang penting doh... Tapi bila klas tuto,, mesti gua excited giler jawab soalan walaupun tak hafal step to design lagi.. Gua orang teknikal,, mne bole jumpa ayat panjang-panjang,, nombor-nombor boleh la... Hahahaaa.. Tapi gua minat cara Prof ajar,, buat gua nak jadi macam dia.. Lecturer Design wannabe... hahaa berangan tak sudah... 

Hydology
 Yes kelas paling sempoi,, tapi aku tak paham sepenuhnya subjek ni.. tak menjiwai langsung.. Dalam kelas tanpa lecture note's memang boleh buat gua mengantuk tersengguk-sengguk.. padahal duduk baris depan sekali.. Paling dekat dengan lecturer.. Dr. Tarmizi...Orang nya selalu tersenyum membuatkan aku redha tanpa nota dalam kelasnya.. Kadang-kadang tuh memang rajin nak buat nota dalam kelas, tapi bila Dr suka switch2 slide buat aku malas nak salin sebab x sempat,, laju sangat tukar slide.. Bekalan paling penting dalam kelasnya ialah gula-gula yang manis, boleh buat hilang mengantuk... 

Environment Management
 Ini kelas paling tak mengantuk,, setiap kali nak start kelas, Dr. Shazwin mesti akan review last topic yang dah belajar last class.. After class pula, Dr akan summaries topic yang dah belajar that day. Kadang-kadang tuh ada Quiz,, Tanpa kertas dan pen.. Likes a games.. Just Yes or No... siapa yang menang dapat hadiah misteri.. Seronok,, then.. Subjek ni ada assignment perlu disediakan dalam kumpulan.. Yes my group which is SAM (saya anak malaysia) yang terdiri daripada Jawe, Kahkim, Harith, Chan, Thira and Me.. Group kami dapat tajuk "public transport in Malaysia- Nusajaya) tajuk perlu related dengan environment punya subjek.. Memang agak susah tajuk ni.. TApi kami cuba lakukan yang terbaik...


Traffic Engineering
 Dalam kelas ini pula, Dr Nordiana.. Orangnya comel kecil je.. Cara gelak lucu..(comel).. Kelas pun sempoi.. bila kelas sempoi.. kadang-kadang bole masuk,, kadang-kadang masuk air.. Hahaha... Tapi subjek ni tak lah se hardcore steel... Insyaallah boleh score this sem.. Amin.. Belajar traffic dah dari sekolah menengah lagi.. so I've basic on eng. traffic. Tapi tak lah semua dah belajar.. Bab nye pun tak banyak.. Just straight foward.. Tak ada bebanan pun ambil subjek ni sebab,, group assignment pun just jawab soalan tuto.. So tak banyak tanggungan grouping work..


Leadership
 Kelas ni elektif untuk pelajar tahun 3.. So setiap pelajar perlu pilih subjek elektif mereka.. Untuk kelainan dari memang dari dulu kalau elektif memang Gua amik subjek yang out of my profession, tahun 2 dulu amik kaunseling,, tahun 3 amik leadership pula.. Biar keluar dari kotak engineering.. Baru lah kita dapat rasa sesuatu yang baru.. Subjek ni memang senang je, tapi kelasnya memang mengantuk.. Just dengar apa yang En Azhar.. Memang en ni seorang yang penuh dengan sifat kepimpinan.. Dengar cerita-cerita yang distory kadang-kadang menyedarkan pentingnya peranan manager atau ketua..
 Dari hari pertama kelas,, sampai lah ke minggu ini, main point mesti related dengan Manager dan Ketua.. Boleh ke dikaitkan keduanya? itu bergantung kepada pemahaman individu itu sendiri.. Semua jawapan adalah benar, tak ada yang salah.. Pendapat masing-masing memang tak sama, aslkan tak tersempang dari definisi nya.. Cehh gua pulak yang bersyarah...

Saturday, September 21, 2013

Girlz and Shopping

Assalamualaikum...
 Tajuk dah terus menerangkan yang kaum hawa ni memang tidak dapat jauh dari hobi berShopping. Mungkin ada segelintir yang tidak mempunyai sikap ini,, tapi betul ke ada?? Rasanya semua begitu dan termasuklah diri den sendiri.. Pantang kalau ada duit dalam purse, memang sayang, tapi mesti akan guna juga. Sifat perempuan macam ni perlu dikawal oleh pasangan nya.. Tapi kalau pasangan tuh sendiri 2 kali 5.. perkara yang sama akan tetap berlaku.. 
 Dalam minggu ni,, jumaat keluar, sabtu pun keluar.. ahad perlukan rehat.. So jumaat disebabkan Lab tak ada.. waktu tidak disia-siakan oleh myBFF dan den sendiri. Motif nak cari kasut,, tapi at last.. bukan den yang jumpa kasut,, tapi Dila yang menemui kasut barunya.. Den memang berkenan coraknya,, tapi pattern x kena lah.. So x beli.. Memang kerenah.. I want something simple but nice. Duit dok habis ke makan je.. Kalau bab makan,, biar mahal asal puas dan kenyang.. Masuk ni dah 2 kali makan denkat Ayam Penyet Ria.. Masa kat Surabaya pun ada kedai ni.. tapi x berani makan sana sebab sebelah kedai nya jual babi sedap.. hahahaha.. So merasa lah lagi makan di APR... Pekena ABC (escampur) nya memang emmmmm... tak kesah batuk pun den bedal... kalau ade icecream lagi ummmm.... 


Jemput makan semua.. Dating berdua memang lebih senang dan sempoi... Tak perlu nak dok tunggu ramai-ramai.. Memang kami lebih senang berdua.. Berdua lebih baik.. two is better than one.. Tuh semua memang benar-benar belaka.. Kalau berdua semua kerja lebih lancar, kalau bergurau pun.. Kau faham aku,, aku faham kau.. So u are myBFF.. hahah ala ala sweet gituh...



Sabtu diteruskan lagi dengan berdating dengan sang pencinta... hahaha.. Godik nak mampuih... Thank you myBFF hahaa,, stand for special one.. Dia lah yang sanggup bawa kemana saja den ingin sejak-sejak dah ada lesen yang sahih ni... bagi tahu je nak kemana.. nanti akan sampai lah.. macam fairy story pulak... hahah... Sabtu dimanfaatkan dengan meneruskan misi mencari kasut.. dari Bukit Indah ke Sutera Mall.. jumpa jugak taste den.. Walaupun mahal sikit,, tapi den puas sebab dah dapat.. Den jadi tinggi sikit lah.. Sebab wedges punya pasal.. I like green sayang... haha...Den betol-betol jatuh cinta dengan green tuh... Then,, ke Puteri Habour, walaupun tengok dari dalam kereta saja.. Itu dah memadai.. nanti kte main layang-layang kat Hutan Bandar k.. hanya dapat tengok jarak jauh je tadi.. Lepas tuh bawa cik pencinta ke Balai Cerapan.. Dapat lah dia lihat UTM dari pandangan atas bukit.. angin sepoi-sepoi bahasa...nasib baik ada orang lain kat atas sedang beriadah.. Melayan seharian perangai den memang memenatkan.. Tapi den tak pernah kenal erti penat.. Selagi kaki boleh berjalan, selagi itu akan den berjalan.. Learn how long u travel...


OKE LALALLA.....


Thursday, September 12, 2013

MALAYSIA ~ SURABAYA #1

Assalamalaikum...
 Salam perantau yang sudah pulang ke Malaysia.. Pengalaman 3 minggu di Surabaya sangat mencabar dan seronok. Dalam orang lain sibuk beraya ke rumah sanak saudara, aku saja yang perlu prepare untuk ke sana. Raya aku seminggu saja berbanding yang lain, tapi rezeki bulan syawal tetap dapat lebih.. Walaupun kawan-kawan ramai yang tak tahu tentang aku ke sana. Namun sebaik sampai disana aku officially state yang aku dah sampai disana... So baru lah kawan-kawan yang lain ketahuan. 
 Mungkin aku x setanding yang lain, tapi disana aku cuba untuk buang rasa down tu kepada biasa.. Just enjoy my moment.. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. Kuliah boleh masuk lagi walaupun mungkin tak seberapa faham.. Bahasa inggeris di Indonesiakan... Betul-betul dugaan belajar disana..

Week 1
 Kuliah harian berjalan seperti biasa. Majlis pembukaan juga berjalan lancar. Kedatangan kami disana dilayan mesra oleh anak-anak (kawan2).. Walaupun kami seperti hidup berdikari disana, kami tetap berusaha sedaya yang mampu. Keadaan disana mungkin pada kali pertama lihat, macam bangunan terbengkalai, sistem disana jauh berbeza dengan di Malaysia. Aku masih bersyukur dilahirkan di Malaysia. Taraf kerakyatan yang miskin dan kaya sangat berbeza. Aku juga belajar erti kepayahan mencari nafkah, disana sangat naif dan majoriti penduduk mereka berniaga dan menjaja untuk menyara kehidupan mereka. Kadang-kadang timbul rasa kasihan melihat kesusahan yang mereka alami. Status penduduk berlebihan juga menjadi permasalahan bagi mereka. "2 anak sudah cukup"..



Kuliah minggu 1 sangat santai dah tak memeningkan.. Kuliah minggu ni banyak sama dengan Dr. Razman, so faham sebab in Malaysian English.. Minggu 1 ni juga kami masing-masing baru nk kenal-kenal antara kami. Agak seronok bila dapat berkenalan dengan orang-orang disana. On of the sweet moment is Shopping time.. Memang tak lepaskan peluang untuk shopping sakan disana. Satu lagi benda baru ialah "nasi kotak" memang budaya disana nasi dibunkus dalam kotak. Kalau di Malaysia guna polystyrene, tapi disana gunakan kotak... Hihiii memang RARE!!

Shopping disana memang best. Harga memang jauh lebih murah disana.. Nilai wang mereka sangat rendah, membuatkan kadang-kadang kasihan dengan cara hidup mereka yang sangat sederhana. Yang best disana mereka akan mengHon kereta lain jika mahukan laluan.. Kalau di Malaysia ambulance je akan buat macam tuh,, tapi disana semua pengguna jalan akan Hon2.. memang sibuk jalan mereka. Bahaya pun ada kadang-kadang. Tapi jalan mereka banyak yang sehala. So mungkin akan mengurangkan kesesakan lalu lintas. Minggu pertama kat sana merupakan minggu pengenalan budaya disana...

Continue to the next journey!!!



Friday, July 5, 2013

WEDDING TRIP...

Assalamualaikum...
 Tajuk memang wedding trip, tapi bukan saya yang nak kahwin... sedara_sepup_seatok punya wedding lah.. I just memeriahkan majlis ja... hehehe.. Dari JB ke Dengkil.. Ayah dah tak tahu jalan,, al maklumlah.. jalan dah baru,, ayah tau jalan lama-lama je... Abang tukang drive, I tukang tengok signboard... OK membantu lah jugak.. Alhamdulillah tak sesat.. bagus jugak I ni kan.. Ceh bangga diri.. 

 Selamat sampai di rumah pengantin,, mula lah dok jumpa atok sedara, pakcik sedara, sepupu sepapat, anak sedara.. hahaa Tua jugak I ni.. Tapi memng lah tak kenal sangat, jarang jumpa, sekali jumpa mesti masing-masing dah besar kan.. Dapat jumpa makcik pakxik yang spoting,, layan lah kepala... Lama jugak bertapak kat sana,, tunggu ayah mak bual-bual.. layan cucu mereka.. ahahaa....Masa nak balik, sempat bergambar,, sesi keluarga..

Gelagat sesibling.. hahaa.. sementara tunggu mak ayah berbual,, kami dok snap-snap lah apa lagi...

# Adik, Atie, As, Emak, Maktam... 
Ayah dengan cucunya.. bila lah nak dapat cucu sendiri kan ayah.. amin,, tak lama lagi lah tuh...Comey nye budak ni... 
# cepatlah,, I dah panas ni.. gua tak tahu lak spe yang snap gua ni.. ahhaa
# ini jelah kerabat yang ikot...

OKE LALALAAA...