Thursday, September 12, 2013

MALAYSIA ~ SURABAYA #1

Assalamalaikum...
 Salam perantau yang sudah pulang ke Malaysia.. Pengalaman 3 minggu di Surabaya sangat mencabar dan seronok. Dalam orang lain sibuk beraya ke rumah sanak saudara, aku saja yang perlu prepare untuk ke sana. Raya aku seminggu saja berbanding yang lain, tapi rezeki bulan syawal tetap dapat lebih.. Walaupun kawan-kawan ramai yang tak tahu tentang aku ke sana. Namun sebaik sampai disana aku officially state yang aku dah sampai disana... So baru lah kawan-kawan yang lain ketahuan. 
 Mungkin aku x setanding yang lain, tapi disana aku cuba untuk buang rasa down tu kepada biasa.. Just enjoy my moment.. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. Kuliah boleh masuk lagi walaupun mungkin tak seberapa faham.. Bahasa inggeris di Indonesiakan... Betul-betul dugaan belajar disana..

Week 1
 Kuliah harian berjalan seperti biasa. Majlis pembukaan juga berjalan lancar. Kedatangan kami disana dilayan mesra oleh anak-anak (kawan2).. Walaupun kami seperti hidup berdikari disana, kami tetap berusaha sedaya yang mampu. Keadaan disana mungkin pada kali pertama lihat, macam bangunan terbengkalai, sistem disana jauh berbeza dengan di Malaysia. Aku masih bersyukur dilahirkan di Malaysia. Taraf kerakyatan yang miskin dan kaya sangat berbeza. Aku juga belajar erti kepayahan mencari nafkah, disana sangat naif dan majoriti penduduk mereka berniaga dan menjaja untuk menyara kehidupan mereka. Kadang-kadang timbul rasa kasihan melihat kesusahan yang mereka alami. Status penduduk berlebihan juga menjadi permasalahan bagi mereka. "2 anak sudah cukup"..



Kuliah minggu 1 sangat santai dah tak memeningkan.. Kuliah minggu ni banyak sama dengan Dr. Razman, so faham sebab in Malaysian English.. Minggu 1 ni juga kami masing-masing baru nk kenal-kenal antara kami. Agak seronok bila dapat berkenalan dengan orang-orang disana. On of the sweet moment is Shopping time.. Memang tak lepaskan peluang untuk shopping sakan disana. Satu lagi benda baru ialah "nasi kotak" memang budaya disana nasi dibunkus dalam kotak. Kalau di Malaysia guna polystyrene, tapi disana gunakan kotak... Hihiii memang RARE!!

Shopping disana memang best. Harga memang jauh lebih murah disana.. Nilai wang mereka sangat rendah, membuatkan kadang-kadang kasihan dengan cara hidup mereka yang sangat sederhana. Yang best disana mereka akan mengHon kereta lain jika mahukan laluan.. Kalau di Malaysia ambulance je akan buat macam tuh,, tapi disana semua pengguna jalan akan Hon2.. memang sibuk jalan mereka. Bahaya pun ada kadang-kadang. Tapi jalan mereka banyak yang sehala. So mungkin akan mengurangkan kesesakan lalu lintas. Minggu pertama kat sana merupakan minggu pengenalan budaya disana...

Continue to the next journey!!!



No comments: