Sunday, February 26, 2012

sama TAPI tak serupa


Mungkin semua orang sudah sangat familiar dengan COOLBLOG. Makin hari makin ramai yang sudah mula mencuba segala macam perisa yang disediakan. Tapi saya ada nak kongsi tentang EACH A CUP.. Korang pernah dengar tak?? saya tak sure dekat tempat lain ada jual tak, sebab setakat ini saya hanya jumpa di Plaza Angsana, Johor. sebenarnya sudah banyak company yang nak tubuhkan bisnes macam ni, tapi begitu banyak persaingan.

Tapi persaingan antara company ni sangat sihat.Masing-masing berusaha nak majukan bisnes masing-masing. Masing-masing ada keistimewaan yang tersendiri. dan yang paling penting, rasanya sangat sedap dan menyegarkan. kalau saya beli, saya akan minta perisa Chocolate yang menjadi fav saya. Dan SELAMAT MENCUBA KEPADA YANG BELUM PERNAH MENCUBANYA.
http://mieraluve.blogspot.com/2011/07/shooping-sampai-kaki-melecur.html

http://thefoodsearcher.blogspot.com/2010/08/134-each-cup-gurney-plaza-penang.html

Saturday, February 25, 2012

Warga KTHO

Semalam, dari pagi buat tutorial math,, tiba waktu lunch ayah calling..
( ringtone yuna)
ati nak ikut ayah pergi kenduri kahwin tak??
kenduri kat mana ayah?
dekat TSP je..
OK la...tengah lapar ni.. hahha

Sampai saja kat kenduri tu, pengantin baru saja nak sampai. berpandukan kereta BMW hitam yang dihiasi dengan bunga berwarna pink. keluarlah pasangan mempelai yang baru saja tiba. Saya terkejut, rupa-rupanya yang bersanding hari tu ialah warga KTHO.. Kalau tak silap, mereka selalu berjogging dekat area KTHO. Ramai jugak warga KTHO yang dijemput hadir. Ada pengetua ada felo,, student-student FKA pun ada jugak.

Meriah sungguh majlis persandinangan itu, juadah pun sanagt membuka selera. teruma yang menjadi perhatian orang ramai, ada ABC...warh sangat seronok jugak ada persembahan silat pengantin. Tema pengantin warna pink. sangat sesuai dengan warna kulit si mempelai. SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT AZIZUL DAN AMIRAH..


Friday, February 24, 2012

Seram ke??


Semalam baru habis selesaikan membaca novel Seram Islamik yang berjudul Jejawi Tua. “Apabila iktikad dan tauhid tidak bertaut, Seluruh pegangan adalah Makhluk” oleh Rosli Mohd Sah. Tebal jugak buku ni, almaklumlah saya bukan nya pandai baca novel sangat. So, memang lambat sedikit nak habis. Pada mulanya memang rasa seram kalau baca buku ni pada waktu malam. Tapi ikut bab jugak lah. Ada yang seram jugak masa Tok Tom, watak sebagai jelmaan pokok jejawi tua yang ingin mempengaruhi orang kampung. Namun, hero dalam novel nie Angah Soyah yang sangat alim, namun dipandang hina kerana beliau sangat miskin dan yatim piatu. Banyak jugak kes-kes syirik yang di ceritakan dalam novel ini.
Kalau yang baca novel ni akan dapat pengajaran yang berguna untuk tidak mudah terpedaya dengan hasutan iblis dan syaitan nirajim.. Tapi agak tidak puas sebab akhir cerita, tidak begitu menarik sebab die tak habiskan cerita pasal macam mana Angah Soyah apat melalui tanah perkuburan yang sangat panas tanahnya untuk menyelamat orang kampung. Mungkin itu, kelebihan yang ada padanya untuk menahan hijab yang diberikannya. 

Untuk pagi ni, bangun awal pagi untuk siapkan tutorial DE.. yang sangat memeningkan kepala. tapi still ok lagi kalaunak dibandingkan dengan EM. sarapan pagi ni simple saja. boleh lah untuk alas perut. kalau makan banyak sangat nanti mengantuk pula, so saya ambil keputusan untuk sarapan ni saja. Lagi pun Nes kan sangat membantu kalau nak tahan dari tidur, so tak lah mengantuk masa buat kerja. hidup simple kan senang. 

OKE LALAAA dariku..

Sunday, February 19, 2012

SURVEY CAMP 12'


Utm provided their student in faculty of civil engineering went to the work in site. I as the participant was very excited to enjoy doing the field work outside the campus that can felt more confident to environment. We were conducted by the supervisor that plays their own role by provided us some guideline to be in the real situation as an engineer.

9 Feb 2012- Thursday
Before we went to the camp site at Teluk Gorek, Tanjung Resang, Mersing.. Our supervisor was give some briefing about the site, and we all together needed to bring up all the equipment in the lorry to make the work be nice and smoothly. We arrived at the camp site at 2.30 pm followed by the seconds bus at 3.00 pm. After arrived at the camp site, there’s no activity at that day, so I went to the beach to play with the water. By take the picture of course. At night, Mr. Radzuan was give some briefing about the tomorrow project.


10 Feb 2012-Friday
After the rollcall at sharp 8 am, all group was started their first project which is the traverse project. In this traverse, we need to take the objective of the traverse which is to take the horizontal distance. Before that, Mr. Che Ros was conducted us to visit around  the camp site which the place that we do the project. 
After some planning with my project leader  Hafizzul, we start the traverse from the station 8 and station 2. We need to cover half of the camp site and combined the data with our shared group which is group 1. After doing that, we also need to check all the result with En. Radzuan that can propose our project which is accepted or failed. Luckily our group have complete by doing the project in one day. Thus, we don’t need to continue for the next day.



11 Feb 2012-Saturday
Same for morning before, we was rollcall and sing the Negaraku and Keunggulan Terbilang. Then we need to do the seconds project which is leveling. This times, we need to considered about the vertical distance of the CM (check mark) given by the coordinator. Addition, we also need to do the leveling work outside and inside the camp site.
Planning going very smooth by Sandra as our project leader and our group start the work the outside the camp site. For our first doing the leveling at outside, our result was rejected. Thus we need to redo that again. But, we start our work after the lunch break. Then the seconds result was accepted. Next we continued the work in camp site, for 3 times. Because the first and second result there was some calculation mistake made by me. Thus for the third times, we was success with all the point level was accepted. Our project was complete for one day.

At night, there have the presentation session, that all project leader need to present all the result of the project that have been done. Sandra and Hafizzul was success at the presentation with the confident and eye contact level.


Saturday, February 4, 2012

Maulud Nabi

Assalamualaikum semua..

Esok Maulud Nabi.. Setiap tahun kita semua umat islam akan menyambut maulidur rasul. Tapi alangkah baik nya kalau setiap umat dapat menghayati hari tersebut. Bukan sahaja post di FB or Tweet dengan post2 yang baik2... Tapi lagi berkat kalau kita semua hayati semua perjuangan Nabi Muhammad kepada umatnya. Dulu kini dan selamanya.

Walaupun kita semua telah banyak berjuang, namun perjuangan Rasulallah adalah lebih suci dan tabah. Baginda sangat di hormati oleh semua sahabat. Alangkah indah sekiranya Rasulallah masih ada pada masa kini. keindahan akhlak Rasullallah sangat murni dan tiada tolok bandingnya. Tak mustahil lah baginda juga dipanggil kekasih Allah. Budi pekertinya sangat indah dan sentiasa bertakwa kepada Allah.

Kadang-kadang hati aku rasa ingin sangat bertemu Rasullallah. Bila teringat baginda, hati rasa sayu dan sedih. Mula menitiskan air mata apabila begitu menghayati pengorbanan baginda. Bila sedih, aku selalu menenangkan fikiran dengan mendengar lagu-lagu yang mengingatkan kepada baginda. Tak lupa juga sentiasa berdoa dan selawat kepadanya.

Semakin hari dunia makin menunjukkan tanda-tanda kiamat. Adakah aku telah bersedia. Namun masih banyak lagi yang aku alpa. Aku sering lalai dengan kesenangan dunia. Namun, tak pernah aku lupa dengan agama ku. keinsafan mula datang pabila aku betul-betul menghayati islam. Nabi Muhammad juga menjadi tokoh dalam hidup ku. Sebagai panduan hidup dan belajar mengamalkan sunah-sunah nya. Alhamdulillah...


Thursday, February 2, 2012

Keputusan Saya

Dalam masa cuti sem ni.. masing-masing yang bercuti buat hal masing-masing.. Kalau nak contact pun dekat FB n TweeT.. Biasa lah remaja sekarang memang busy dengan laptop. Tak cukup laptop, handfhone jd sahabat baik. Kalau nak di kira dah 3 minggu cuti nie...masih tak mendapat hasil yang memuaskan. Tinggal kat rumah just buat kerja rumah dah rumah. Itu saja lah rutin seharian. Kalau rajin tuh ada lah kerja aku kat dapur tuh sampai kena marah dengan emak sebab buat sepah kat dapur mak...

Mujurlah ayah sekarang pun dah sihat, lepas dari keluar Hospital, gian memancing ayah maikn menjadi-jadi.. Memang tak reti duduk diam, asyik nak ke kolam pancing je. Yang jadi mangsanya aku,, sebab tak dapat ikut dengan alasan " kau tuh perempuan "... Langsung tak munasabah haha...

Last week, senarai tampal dah dikeluarkan, dengan dukacita... result tak memberansangkan hati aku..memang tak puas. Terutama pada Eng. Math 1...Susah nak bayangkan aku dapat skor. Pointer aku menurun disebabkan oleh Math saja...tapi yang lain pun cukup2 makan je. Tak apalah. asalkan lulus sudah.. Orang lain memang success dengan reslut masing-masing. tapi bagi akyu, yang lepas biar kan saja. Tapi jangan terus lupakan, gunakan yang lepas untuk di perbaiki untuk masa depan. FUYOOO..



Baru tadi mak cakap kat aku...
emak: atie sem depan kau amik berapa mata kredit??
atie: erm, sem depan 15 mak...nape??
emak: ha lebih bagus kalau ulang subjek math sem depan,,xde la rce ketinggalan..
atie: uhhh (terkedu).. urm, boleh ke mak??
emak: boleh je..lagi senang amik cpt2, kalau tak nanti da lupa.
atie: fuh,,sem depan 15..tambah 3.. dah jadi 18 mata kredit...FUYOO...
emak: ok lagi tuh,,naik tahun 2 kang dah payah nak ulang...boleh baiki pointer..
atie: bagus jugak,, makna nya sem depan atie amik 3 subjek math...
emak: xpe la... nantibayarje untuk subjek tuh..
atie: ok...(tercengang) dalam hati: insyaallah atie boleh kan mak!!

Bila fikir-fikir balik,,ada betul jugak kata mak tadi. at least aku boleh baiki pointer sem 1 yang tak seberapa tuh... Insyaallah... Aku pun dah berazam nak ubah cara aku naik sem 2 nanti.. belajar sorang2, tanya lecturer, bincang dengan kawan, dan mesti kena lebih rajin. dan lagi 1 azam...NO more shopping!!! aku nak berjimat sem 2 nie...Insyaallah.. BELI UNTUK KEPERLUAN BUKAN KEMAHUAN... sama-sama lah kita berdoa agar aku dapat menyelesaikan misi sem 2 nie.... berkobar-kobar...