Saturday, February 4, 2012

Maulud Nabi

Assalamualaikum semua..

Esok Maulud Nabi.. Setiap tahun kita semua umat islam akan menyambut maulidur rasul. Tapi alangkah baik nya kalau setiap umat dapat menghayati hari tersebut. Bukan sahaja post di FB or Tweet dengan post2 yang baik2... Tapi lagi berkat kalau kita semua hayati semua perjuangan Nabi Muhammad kepada umatnya. Dulu kini dan selamanya.

Walaupun kita semua telah banyak berjuang, namun perjuangan Rasulallah adalah lebih suci dan tabah. Baginda sangat di hormati oleh semua sahabat. Alangkah indah sekiranya Rasulallah masih ada pada masa kini. keindahan akhlak Rasullallah sangat murni dan tiada tolok bandingnya. Tak mustahil lah baginda juga dipanggil kekasih Allah. Budi pekertinya sangat indah dan sentiasa bertakwa kepada Allah.

Kadang-kadang hati aku rasa ingin sangat bertemu Rasullallah. Bila teringat baginda, hati rasa sayu dan sedih. Mula menitiskan air mata apabila begitu menghayati pengorbanan baginda. Bila sedih, aku selalu menenangkan fikiran dengan mendengar lagu-lagu yang mengingatkan kepada baginda. Tak lupa juga sentiasa berdoa dan selawat kepadanya.

Semakin hari dunia makin menunjukkan tanda-tanda kiamat. Adakah aku telah bersedia. Namun masih banyak lagi yang aku alpa. Aku sering lalai dengan kesenangan dunia. Namun, tak pernah aku lupa dengan agama ku. keinsafan mula datang pabila aku betul-betul menghayati islam. Nabi Muhammad juga menjadi tokoh dalam hidup ku. Sebagai panduan hidup dan belajar mengamalkan sunah-sunah nya. Alhamdulillah...


No comments: