Semalam baru habis selesaikan membaca novel Seram Islamik
yang berjudul Jejawi Tua. “Apabila iktikad dan tauhid tidak bertaut, Seluruh
pegangan adalah Makhluk” oleh Rosli Mohd Sah. Tebal jugak buku ni, almaklumlah
saya bukan nya pandai baca novel sangat. So, memang lambat sedikit nak habis.
Pada mulanya memang rasa seram kalau baca buku ni pada waktu malam. Tapi ikut
bab jugak lah. Ada yang seram jugak masa Tok Tom, watak sebagai jelmaan pokok
jejawi tua yang ingin mempengaruhi orang kampung. Namun, hero dalam novel nie
Angah Soyah yang sangat alim, namun dipandang hina kerana beliau sangat miskin
dan yatim piatu. Banyak jugak kes-kes syirik yang di ceritakan dalam novel ini.
Kalau yang baca novel ni akan dapat pengajaran yang berguna
untuk tidak mudah terpedaya dengan hasutan iblis dan syaitan nirajim.. Tapi
agak tidak puas sebab akhir cerita, tidak begitu menarik sebab die tak habiskan
cerita pasal macam mana Angah Soyah apat melalui tanah perkuburan yang sangat
panas tanahnya untuk menyelamat orang kampung. Mungkin itu, kelebihan yang ada
padanya untuk menahan hijab yang diberikannya.
Untuk pagi ni, bangun awal pagi untuk siapkan tutorial DE.. yang sangat memeningkan kepala. tapi still ok lagi kalaunak dibandingkan dengan EM. sarapan pagi ni simple saja. boleh lah untuk alas perut. kalau makan banyak sangat nanti mengantuk pula, so saya ambil keputusan untuk sarapan ni saja. Lagi pun Nes kan sangat membantu kalau nak tahan dari tidur, so tak lah mengantuk masa buat kerja. hidup simple kan senang.
OKE LALAAA dariku..
No comments:
Post a Comment